Saturday, May 10, 2008

SESI DIALOG BERSAMA PENGURUSAN UPMKB : 31 JANUARI 2008

Pada 31 Januari 2008 telah diadakan satu sesi dialog bersama pihak pengurusan UPM Kampus Bintulu. Objektif utama program ini ialah bagi membincangkan masalah dan persoalan yang timbul di kalangan mahasiswa. Antara ahli pengurusan UPMKB yang hadir ialah Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Japar Sidik Bujang, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Muta Harah Zakaria dan Ketua Jabatan Kolegiat, Cik Azira Sanusi.
Sesi dialog ini dihadiri oleh semua mahasiswa UPMKB dan turut disertai exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiswa. Perkara utama perbincangan dalam sesi dialog ini adalah seperti penambahan infrastruktur, kemudahan Kiosk Pelajar, penggunaan ICT dan Astro, masalah capaian “wireless”, kekurangan, kebersihan dan harga makanan di gerai di “food court dan sebagainya. Pelbagai penjelasan dan persoalan telah di rungkaikan dalam sesi dialog ini. Daripada Dekan sendiri menyatakan hasrat beliau untuk melihat warga UPMKB dan khasnya mahasiswa supaya dapat mempertingkatkan disiplin, etika dan dapat mengunakan kemudahan dan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Beliau turut menyatakan bahawa adalah penting untuk mahasiswa berfikir secara lebih matang untuk mencerminkan kepribadian seorang mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama dan merupakan harapan negara pada masa hadapan.
Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap dan dapat menerapkan sistem yang telus dalam sesi dialog supaya semua pihak mendapat keuntungan dan akhirnya mencapai kata sepakat yang membawa berkat.

0 comments: