Monday, May 19, 2008

PERUTUSAN AKHIR SEMESTER



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. & Salam Perpaduan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Tuhan sekalian alam, atas kurniaNya, ruang dan perolehan yang kita miliki masih dapat kita terus gunakan dan kita masih diberi ruang untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya yang tidak ternilai ini.

Pada kesempatan ini, saya dan seluruh Exco MPP Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB dan MTM Kolej Sri Rajang ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester dan selamat menjalani cuti semester kepada seluruh warga UPM Kampus Bintulu. Semoga semester ini yang akan meninggalkan kita dapat memberi kita seribu satu kenangan, cabaran, dan kejayaan buat kita semua.

Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar tahun akhir sesungguhnya “Hadirmu Satu Inspirasi, Pergimu Mencurah Bakti” tiada kata-kata indah lain yang dapatkan diungkapkan untuk mengambarkan sumbangan yang telah saudara-saudari berikan kepada seluruh warga UPM Kampus Bintulu. Semoga saudara-saudari terus berjaya dalam hidup dan akan meneruskan kegemilangan walau dimanapun anda berada.

Kami dari MPP dan MTM Sesi 2007-2008 telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami, walau bagaimanapun mungkin akan ada kesilapan atau kekurangan dalam sesuatu yang kami lakukan. Namun kami percaya bahawa esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebit erat pada semester hadapan demi satu tujuan iaitu mencapai kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. Wassalam.


MOHD NORHISHAM BIN ABDULLAH
TYDP MPPUPM
Presiden MTM KSR
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Sarawak

0 comments: