Wednesday, April 30, 2008

Aduan & Cadangan

[PERINGATAN: Sebarang aduan dan cadangan yang menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Anonymous comment WILL NOT BE PUBLISHED. Your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Tuhan sekalian alam, atas kurniaNya, ruang dan perolehan yang kita miliki masih dapat kita terus gunakan dan kita masih diberi ruang untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya yang tidak ternilai ini.

Pada kesempatan ini, saya dan seluruh Exco MPP dan MTM Kolej Sri Rajang ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester dan selamat menjalani cuti semester kepada seluruh warga Kolej Sri Rajang. Semoga semester ini yang akan meninggalkan kita dapat memberi kita seribu satu kenangan, cabaran, dan kejayaan buat kita semua.

Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar tahun akhir sesungguhnya “Hadirmu Satu Inspirasi, Pergimu Mencurah Bakti” tiada kata-kata indah lain yang dapatkan diungkapkan untuk mengambarkan sumbangan yang telah saudara-saudari berikan kepada seluruh warga Kolej Sri Rajang. Semoga saudara-saudari terus berjaya dalam hidup dan akan meneruskan kegemilangan walau dimanapun anda berada.

Kami dari MPP dan MTM Sesi 2007-2008 telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami, walau bagaimanapun mungkin akan ada kesilapan atau kekurangan dalam sesuatu yang kami lakukan. Namun kami percaya bahawa esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebit erat pada semester hadapan demi satu tujuan iaitu mencapai kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. Wassalam..



MOHD NORHISHAM BIN ABDULLAH
PRESIDEN
MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA
KOLEJ SRI RAJANG

Anonymous said...

Create a sweater for your university, get your club/student council/association/society to organise it and make it a fund-raising project for your group. Let us help you to plan it - our sweaters are really HOT with students, it sells like hot cakes!

www.fe-collection.com
or
http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=100001104618332