Saturday, May 10, 2008

MAJLIS PERLANTIKAN RASMI MTM SESI 2007/2008 : 12 JANUARI 2008

Tanggal 12 Januari 2008 merupakan tarikh pelantikan secara rasmi Majlis Tertinggi Mahsiswa bagi Sesi 2007/2008. Seramai 36 orang mahasiswa telah secara rasmi dilantik sebagi exco Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang. Pelantikan ini meliputi pembahagian portfolio iaitu Majlis Tertinggi, Pengerus Biro dan Wakil Program.
Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, Prof. Madya Dr. Japar Sidik Bujang. Antara tetamu yang hadir ialah, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Muta Harah Zakaria serta felo. Saudara Mohd Norhisham Bin Abdullah telah dipilih secara rasmi sebagai Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang bagi sesi 2007/2008.




Dalam majlis tersebut Saudara Mohd Norhisham bin Abdullah telah menyampaikan ucapan pertama beliau selaku Presiden MTM Sesi 2007/2008.Dalam ucapan tersebut beliau telah mengariskan beberapa perkara yang akan menjadi fokus utama MTM Sesi 2007/2008, iaitu MTM Sesi 2007/2008 memfokuskan kepada tiga perkara penting bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu dalam membantu universiti dan mahasiswa khasnya iaitu membudayakan kebijaksanaan, membantu universiti melahirkan mahasiswa teknokrat dan mengetengahkan kebajikan mahasiswa.



Selain itu Saudara Norhisham turut menegaskan bahawa penubuhan MTM adalah antara lain bagi mewujudkan semangat berpersatuan dikalangan mahasiswa di Kolej Kediaman. Untuk itu, semua exco MTM perlu merancang pelbagai program dalam membantu mahasiswa bagi meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan diri samada program di peringkat kolej atau universiti. Ia adalah selari dengan matlamat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah mahir dalam mengendalikan pelbagai aktiviti dan seterusnya mempunyai kemahiran softskill sepertimana yang diharap-harapkan.

Saudara Norhisham juga turut berpesan walau apa pun aktiviti yang akan dijalankan di kolej dan universiti, kita semua harus ingat kecemerlangan akademik hendaklah sentiasa diutamakan. Agenda ini bertitik tolak dari pengurusan masa yang betul dan disiplin yang tinggi. Sesungguhnya tiada apa yang paling bermakna dalam kehidupan di kampus melainkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Pencapaian yang rendah dan sederhana mestilah terus ditingkatkan dari masa ke masa. Dalam hal ini, semua rakan-rakan pemimpin perlu turut memainkan peranan penting dalam membantu dan mengingatkan kita selain motivasi dalaman diri sendiri yang tinggi untuk mengejar kecemerlangan.
Diakhir ucapan beliau, saudara Norhisham telah menyebut “ The More You Give, Much More You Will Get” iaitu moto MTM Sesi 2007/2008 dan beliau turut menyebut walau apa pun kita semua hendaklah bergerak selari dengan hasrat universiti. Justeru itu saudara-saudari sekalian diharapkan dapat memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap kepimpinan MPP dan MTM Sesi ini. Sebarang kritikan dan komen yang membina hendaklah disalurkan dengan jalan yang sewajarnya bagi membolehkan idea yang bernas dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Semoga MTM Sesi 2007/2008 akan mencapai kejayaan dan terus melakukan perubahan untuk kebaikan kepada seluruh warga Kolej Sri Rajang UPMKB.






0 comments: