Saturday, May 10, 2008

EKSPEDISI KONSERVASI GUNUNG BUBU-TASIK RABAN-EMPANGAN CHENDEROH-LAMAN BUDAYA KUALA KANGSAR, PERAK : 12-17 DISEMBER 2007

Ekspedisi konservasi ini merupakan program yang pertama kalinya dijalankan oleh Kelab Outward Bounders UPM anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar UPM. Ekspedisi ini disertai oleh 8 orang MPPUPM, 20 orang ahli KOBUPM dan 2 orang wakil MTM dari Kampus Bintulu iaitu saudari Norhidayu Bt Mohd Hidzir dan Wani Ra Noor Bt Amilrudin.
Program yang berlangsung selama 5 hari ini merangkumi ekspedisi mendaki Gunung Bubu setinggi 1657 meter/ 5437 kaki dari aras laut yang memakan masa selama 2 hari untuk sampai ke puncak. Seterusnya ekspedisi berkayak merentasi Tasik Raban, Empangan Chenderoh dan menyusuri Sungai Perak untuk ke destinasi terakhir iaitu Laman Budaya Kuala Kangsar, Perak. Ekspedisi berkayak ini memakan masa selama dua hari sejauh 54km.

Sepanjang ekspedisi ini setiap peserta diuji dengan pelbagai kemahiran antaranya kemahiran komunikasi, kemahiran berfikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, penguasaan mengawal moral dan etika serta kemahiran memimpin. Peserta didedahkan dengan kepentingan mencintai alam sekitar dimana setiap peserta diminta memungut segala sampah-sarap yang terdapat di atas puncak Gunung Bubu dan dibawa pulang. Selain itu peserta juga diterapkan dengan semangat berpasukan dan nilai kesabaran sepanjang berkayak menyusuri Sungai Perak.
Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan diplomasi antara pelajar dari Kampus Serdang dengan Kampus Bintulu. Diharapkan pada masa akan datang program sebegini dapat diteruskan lagi.









0 comments: