Saturday, May 10, 2008

KEM KEMBARA NIAH : 8-10 FEBRUARI 2008

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mengadakan satu kem kembara yang bertempat di Taman Negara Niah pada 8-10 Februari untuk kali kedua. Seramai 37 orang peserta telah mengikuti program ini. Kem Kemabara Niah yang dilaksanakan merupakan gabungan aktiviti utama iaitu ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga cabaran fizikal untuk meningkatkan motivasi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kerjasama ahli persatuan.
Objektif progam ini dijalankan adalah untuk menerapkan sifat-sifat murni dalam diri setiap ahli seperti semangat toleransi dan kerjasama, melatih dan memupuk semangat kepimpinan serta keyakinan yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan dan berakhlak mulia di samping menimba ilmu pengetahuan, melahirkan seorang ahli masyarakat yang lebih bertanggungjawab, menjadikan persatuan sebagai sebuah organisasi yang dapat membantu membentuk sahsiah mahasiswa, merapatkan ukhuwah persahabatan serta lebih mengenali antara satu sama lain antara ahli persatuan, dan memberi pendedahan tentang survival hidup apabila berada di dalam hutan.
Secara keseluruhan kem ini dapat menambahkan keyakinan diri untuk mengharungi segala jenis cabaran. Program ini juga akan dapat melahirkan seorang ahli seni mempertahankan diri yang bukan sahaja mahir dalam pertahanan fizikal tetapi juga daripada segi mental dan kerohanian. Selain itu ia selaras dengan harapan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah agar dapat menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling sekaligus berjaya melahirkan seorang mahasiswa/i yang berketrampilan dan berkarisma.

0 comments: