Saturday, May 10, 2008

INDUKSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2007/2008 INDUKSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2007/2008 : 19-23 NOVEMBER 2007

Pada 19 November hingga 23 November 2007, 2 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM Kampus Bintulu iaitu saudara Norhisham Bin Abdullah dan saudari Norhilawati Bt Hamzah telah menghadiri kursus induksi MPP bagi sesi 2007/2008 bertempat di Genting Permai, Genting Highlands.




Kursus selama 5 hari iti telah diisi dengan pelbagai program antaranya ialah slot daripada pelbagai seksyen daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, ceramah daripada Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, perbincangan dan pembentangan takwim aktiviti untuk sepanjang 1 penggal. Selain itu terdapat juga satu slot bersama dengan Naib Canselor iaitu Y. Bhg. Profesor Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah.




Pada hari pertama, kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan telah diminta untuk menyediakan 1 kertas kerja mengenai program lawatan ke negara pilihan di mana kertas kerja yang disediakan perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan iaitu mengikut ISO. Setiap kertas kerja yang dibuat akan dibentangkan dimana kertas kerja yang terbaik akan dipilih untuk dijadikan salah satu program lawatan untuk MPP. Antara destinasi yang dipilih ialah Australia, China, Netherland dan Jepun. Sebelum itu kami telah diberi penerangan tentang hal ehwal kewangan untuk aktiviti pelajar. Di sebelah malamnya adalah ceramah daripada Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. Beliau merupakan pengerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) dan merupakan salah seorang pensyarah UPM.

Pada hari kedua pula kami telah diberikan penerangan tentang tugas-tugas dan tanggungjawab di Unit Pusat Sumber oleh En. Nor Azlan Mohammad, Ketua Unit Pusat Sumber. Melalui penerangan ini kami didedahkan bagaimana pemprosesan untuk mendapatkan kelulusan sesuatu kertas kerja yang dihantar oleh pelajar dan sebagainya. Pada sesi kedua pula En.Zuhaimi Abdul Rahim, Ketua Seksyen Perkhidmatan Kebajikan. Beliau telah memberi penerangan mengenai tanggungjawab di unit beliau dan bantuan-bantuan yang ada untuk disalurkan kepada para pelajar. Sebelah malamnya pula kami telah menerima tetamu yang istimewa iaitu Naib Canselor UPM, Y. Bhg. Profesor Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah. Selepas makan malam bersama-sama beliau, kami telah diberi peluang untuk berdiskusi dengan beliau. Sebelum itu Yang Dipertua MPP saudara Mohammad Sabrie Mohd Salleh telah membentangkan tentang pelan strategik MPP bagi sesi 2007/2008. Dalam sesi berdiskusi itu, beliau telah memberi pelbagai nasihat dan amanat untuk para pemimpin pelajar. Antara yang paling ditekankan oleh beliau ialah menggunakan kaedah SMART (S-Strategic, M-Measures, A-Achiveable R-Realistic T-Timeliness) apabila membuat sesuatu perancangan agar ia dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu beliau amat menekankan tentang kepentingan soft-skill dan program keusahawanan. Setelah berdiskusi dengan beliau beberapa jam, En. Husalshah Rizal b Hussain mengambil alih slot seterusnya iaitu protokol. Pada slot ini para pemimpin pelajar telah didedahkan tentang ilmu berprotokol dan bagaimana menguruskan sesuatu majlis supaya dapat berjalan dengan lancar.

Pada hari ketiga pula telah diambil alih oleh para kaunselor di mana pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah mengenali personaliti diri dimana kami telah diberi ujian personaliti diri. Melalui aktiviti ini kami dapat mengenali kelebihan yang ada pada diri dan kelemahan yang perlu dibaiki. Seterusnya kami menjalankan aktiviti yang menguji kami dalam membuat keputusan di mana kami telah telah diberikan satu topik untuk membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan ranking UPM jatuh dalam tinjauan yang dilakukan oleh majalah THES. Setiap kami diberikan peranan seperti Perdana Menteri, pemimpin pelajar, wakil ibu bapa, wartawan, wakil dari Universiti Oxford, wakil THES dan sebagainya di mana setiap peranan yang dimainkan perlu menyakinkan orang lain dengan hujah masing-masing Disebelah petang pula kami menjalankan aktiviti yang memerlukan kerjasama sesama ahli kumpulan di mana kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Disebelah malam pula kami menjalankan aktiviti yang memerlukan kami mengenal pasti nilai-nilai murni yang ada.



Hari keempat pula diperuntukkan kepada kami untuk merancang takwim aktiviti sepanjang satu penggal mengikut seketeriat masing-masing. Selain itu, setiap seketeriat juga perlu menyiapkan kertas kerja masing-masing bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Disebelah petang pula, satu persidangan MPP kali pertama telah diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini dan fokus setiap seketeriat. Disebelah malam pula, setiap seketeriat diminta untuk membentangkan takwim aktiviti setiap seketeriat kepada pihak pengurusan.



Pada hari terakhir pula, kami telah diberi peluang untuk melawat ke puncak Genting Highland beberapa jam dengan menaiki kereta kabel. Pada jam 3.00 petang kami bertolak balik ke UPM Serdang dan sampai jam 5.30 petang.



0 comments: