Friday, August 29, 2008

UCAPAN KEMERDEKAAN



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T. & Salam Perpaduan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Tuhan sekalian alam, atas kurniaNya, ruang dan perolehan yang kita miliki masih dapat kita terus gunakan dan kita masih diberi ruang untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya yang tidak ternilai ini.

Di sini saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 kepada seluruh warga upmkb.

Di samping itu juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mewakili Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh seluruh warga UPMKB sepanjang sesi 2007/2008

Di sini juga saya ingin memohon kemaafan kepada semua warga UPMKB jika semasa saya menerajui MPP dan MTM sesi 2007/2008 ini adanya kesilapan, dan ketidakadilan yang pernah saya lakukan secara terang mahupun sebaliknya. Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada saya sepanjang sesi 2007/2008 ini telah banyak mengajar saya erti kesabaran, dan ketekunan sebagai pemimpin. Mungkin ada tindakan dari kami yang telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu, namun saya ingin menegaskan disini bahawa setiap tindakan tersebut bukan didasari oleh kepentingan pribadi, tetapi adalah demi kepentingan bersama serta demi kepentingan semua pihak. Di sini juga saya ingin melahirkan rasa kepercayaan kepada genarasi pelapis yang akan mewarisi pimpinan mahasiswa yang akan datang, yang mana mereka sudah bersedia untuk mengalas tanggungjawab dan amanah dengan lebih cemerlang demi mencapai hasrat kita bersama pada masa akan datang.

Akhir kata, sesungguhnya mengisi kemerdekaan itu lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya. Dan tugas kita sebagai pewaris bangsa bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah wasalam mualaikum warah matullah hi wabarakatuh. Terima kasih.

0 comments: