Sunday, August 3, 2008

SEIKAT KENANGAN BERSAMA KETUA PENTADBIRAN, EN. AMRAN BIN SAMEK



1/8/2008 – Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (FSPM), UPM Kampus Bintulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Amran bin Samek atas sumbangan beliau bersama-sama membangunkan kampus cawangan UPM ini. Beliau telah bertugas di UPMKB semenjak Januari 2005 hingga sekarang.

Dalam satu majlis mengenang jasa Encik Amran bin Samek semalam, ketika selesai Mesyuarat Pengurusan FSPM, UPMKB Bil. 5 Tahun 2008, Prof. Madya Dr. Japar Sidik Bin Bujang menyatakan bahawa pihak fakulti telah kehilangan pegawai yang juga merupakan pegawai penting membangunkan dan mencorakkan keceriaan kampus ini. Beliau juga mengharapkan agar Encik Amran bin Samek akan terus maju jaya di tempat baharu nanti. Difahamkan bahawa Encik Amran bin Samek akan diletakkan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) bermula 4 Ogos 2008 nanti.

Encik Amran bin Samek juga memberi sepatah dua kata dalam majlis tersebut dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama kepada beliau sepanjang menjadi Ketua Pentadbiran di fakulti ini dan mengharapkan budaya kerjasama ini diteruskan terutama kepada pegawai yang akan meneraju Bahagian Pentadbiran nanti.

0 comments: