Sunday, August 3, 2008

DR. OSUMANU MENANG PINGAT EMAS DI USA



SERDANG, 24 Jun – Empat penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memenangi enam pingat termasuk dua pingat emas pada Invention and New Product Exposition (INPEX) Pittsburgh, Pennsylvania, USA baru-baru ini.

Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff dan Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din dari Institut Biosains UPM telah memenangi pingat emas bagi kategori Agriculture dengan tajuk projek Periphyton - Bacterial Complex: A Novel System for Improving Water Quality and Shrimp Survival without Water Exchange, selain memenangi pingat perak untuk kategori Sains bagi projek yang sama.

Dr. Fatimah berkata hasil penyelidikannya (periphyton) dapat mengekalkan kualiti air dengan menyerap campuran bahan buangan beracun seperti ammonia dan nitrit (nitrite), membekalkan live feed berkualiti tinggi, mengurangkan cannibalism serta mengurangkan pathogenic vibrios. Dengan itu, kita tidak perlu menukar keseluruhan air pada masa pemeliharaan udang,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr. Osumanu Haruna Ahmed dari Fakulti Pertanian dan Sains Makanan Kampus UPM Bintulu telah memenangi pingat emas bagi kategori Specialized Technology dan gangsa untuk kategori Kimia dengan tajuk projek Simple and Rapid Method for Purifying Humic Acids Isolated from Humified Substances.

Dr. Osumanu berkata penyelidikannya memberi faedah besar kepada pihak industri yang berminat kerana dapat mengeluarkan baja organik seperti ammonium dan potassium humates pada kos yang lebih rendah.

Penyelidik lain UPM, Prof. Madya Mohd Basyaruddin Abdul Rahman dari Fakulti Sains berjaya memenangi dua pingat perak melalui tajuk projek MBiocoatingsTM: Nanoformulation Surface Coating dalam kategori Environmental.

Prof. Madya Dr. Ishak Aris dari Institut Teknologi Maju pula memenangi pingat merit gangsa dengan projek Electronic Control Unit (ECU) for Compressed Natural Gas Direct Injection (CNGDI) Vehicle dalam kategori Alternative Energy, Automotive, Environmental, Science, Transportation & Vehicles.

Ketua Delegasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Ratnasamy Muniandy dari Fakulti Kejuruteraan UPM berkata bahawa UPM memenangi enam pingat daripada lima penyertaan.
“Malaysia mendapat penghargaan sebagai perwakilan terbesar dalam INPEX kali ini dengan 12 Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Malaysia mempertandingkan 51 penyertaan dan 81 produk,” katanya.

Beliau berkata INPEX yang diadakan di David L. Lawrence Convention Centre, Pittsburgh pada 11- 14 Jun yang lalu merupakan pertandingan yang berprestij dan mempunyai syarat-syarat ketat bagi calon pemenang.

Oleh Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat

0 comments: