Sunday, September 28, 2008

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008



Assalammualaikum w.b.k. Segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya serta para sahabat.

Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya kita semua masih berkesempatan berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1428H. Semoga ibadah puasa kita dalam bulan penuh keberkatan ini memberi keinsafan, kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Aidil Fitri menjelang tiba dan kita semua akan meraikannya sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, Aidil Fitri amat bererti kepada kita semua kerana ia merupakan wasilah untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Lupakan sengketa lama dan maaf bermaafan adalah amalan mulia yang dituntut oleh agama. Sabda Rasullullah s.a.w. "Hendaklah kamu bersungguh-sungguh pada Aidil Fitri ini melakukan sedekah, melakukan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, berzakat, bertasbih, bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah s.w.t. melihat kamu dengan rahmat."

Bagi mahasiswa yang tidak pulang menyambut Aidil Fitri bersama keluarga, jadikan pengalaman menyambut Aidil Fitri di kampus sebagai satu dari pengalaman yang terindah. Semoga kita turut merasakan kemeriahan Aidil Fitri walaupun berjauhan dengan keluarga.

Dengan kesempatan ini saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiswa mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

0 comments: