Wednesday, July 9, 2008

PERUTUSAN AWAL SEMESTER



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. & Salam Perpaduan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Tuhan sekalian alam, atas kurniaNya, ruang dan perolehan yang kita miliki masih dapat kita terus gunakan dan kita masih diberi ruang untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya yang tidak ternilai ini.

Pada kesempatan ini saya dan seluruh exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Sains Pertanian dan Makanan dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sri Rajang ingin mengucapkan Selamat Datang kepada ahli keluarga baru Kolej Sri Rajang sesi 2008/2009.

Tidak dilupakan juga Selamat Kembali meneruskan perjuangan di ucapkan kepada ahli keluarga Kolej Sri Rajang yang baru sahaja pulang dari bercuti. Diharapkan perjuangan yang belum selesai ini akan diteruskan dengan penuh bertenaga dan semangat yang tidak akan luntur. Disamping itu bantu dan bimbinglah ahli keluarga baru kita dalam mencorak langkah perjuangan di rantau orang.

Kepada ahli keluarga yang baru,
Sesungguhnya perjuanganmu di sini baru sahaja bermula. Harungilah ia dengan penuh kesabaran dan semangat yang jitu. Jadikan kerinduanmu itu sebagai pembakar semangat api perjuangan demi menghidupkan pelita harapan keluargamu.

Kami dari MPP dan MTM Sesi 2007/2008 akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami, semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebit erat pada semester ini demi satu tujuan iaitu mencapai kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. Wassalam..


NORHILAWATI BINTI HAMZAH
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN
UPM KAMPUS BINTULU

0 comments: