Tuesday, June 24, 2008

Isu Surat Pelajar Bertajuk Kampus UPM Bintulu serba kekurangan

SAYA dan adik adalah pelajar di sebuah kampus cawangan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Bintulu Sarawak.

Pada pengamatan kami, kewujudan kampus cawangan universiti tempatan, terutama di Sabah dan Sarawak, perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan supaya ia setanding dengan kampus di Semenanjung.

Umum maklum, melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), peruntukan bajet banyak diberikan kepada pendidikan. Namun, kami di kampus cawangan ini masih jauh ketinggalan berbanding kampus utama di Serdang.

Nampaknya kampus UPM di Bintulu ini dianaktirikan tanpa perhatian.

Ada yang masih tiada kemudahan asas seperti buku yang mencukupi, makmal, koperasi dan mesin ATM.

Pelbagai anugerah dimenangi kampus induk dan dijaja sehingga ke seberang laut walaupun keadaan kami di Bintulu amat jauh berbeza.

Begitu juga dengan kurangnya penekanan terhadap disiplin pelajar. Masih ada pelajar lelaki yang bertindik di kening dibenarkan belajar. Pelajar seperti ini sepatutnya dikenakan tindakan disiplin.

Begitu juga, pelajar yang terlanjur dan mengandung luar nikah sekadar diberikan amaran dan tiada tindakan disiplin diambil.

Tambahan pula, tidak pernah diadakan kempen antimerokok, menyebabkan merokok menjadi perkara biasa di kampus.

Aktiviti di cawangan sama banyak dengan kampus induk yang mempunyai berkali-kali ganda bilangan pelajarnya.

Akibat paling ketara, gred peperiksaan kebanyakan pelajar yang sibuk terutama ahli Majlis Perwakilan Pelajar semakin merosot .

Sudah ada contoh kampus cawangan yang keluar dari universiti tempatan dan menjadi satu institusi yang mampu disegani.

Di Terengganu, sebuah institusi keluar dari UPM dan kini menjadi antara universiti perikanan terulung Asia Tenggara.

Ia mampu menguruskan sendiri tanpa kerenah birokrasi dari kampus induk, terutama yang terlalu jauh seperti kami di Sabah dan Sarawak mampu menjadikan kami institusi yang lebih baik.

Pembangunan institusi kami pasti menjadi lebih baik dengan hilangnya urusan tambahan seperti kelulusan itu dan ini, perangkaan berkali-kali, mesyuarat dan sebagainya. Langkah ini juga pasti dapat menjimatkan kos pentadbiran dan ulang-alik yang mahal. Kursus pegawai juga diadakan di kampus induk dan mengakibatkan pensyarah meninggalkan kelas bagi urusan lain yang sepatutnya mengambil masa yang singkat.

Tindakan terbaik adalah membebaskan institusi yang terlalu terpisah dari kampus induknya agar menjadi satu badan pendidikan baru di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Bukankah anak jika hidup berjauhan dari keluarga perlu berdikari?

PELAJAR JAUH,
Rembau, Negeri Sembilan.

2 comments:

Anonymous said...

saya kurang bersetuju dengan saudara. wlpun memang hakikatnya upmkb masih kekurangan dari infrastruktur,tp dalam masa yg sama saya lihat ada usaha dalam melengkapkan infrastruktur dan kemudahan pengajaran dan peralatan d upmkb. kita tdk boleh anggap semua boleh lengkap dalam satu masa yg singkat sb upmkb merupakan kampus cawangan yg masih baru. berilah masa untuk upmkb untuk berkembang.. yg penting ada kemajuan wlpun perlahan...

Anonymous said...

kalo kita sbgai pelajar tak sayang kampus kita, siapa lagi?