Wednesday, August 5, 2009

Influenza H1N1

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada warga kampus sekalian. Pertamanya sekali saya ingin memohon maaf kerana telah lama tidak mengemaskini laman blog MPP ini. Terima kasih juga ditujukan suara-suara mahasiswa kerana memberi komen yang membina. Diharapkan anda semua boleh menegur dan membantu saya dalam melaksanakan tugas yang dipikul ini. Jika ada kesilapan yang dilakukan oleh saya, teruslah tegur kerana mungkin pada waktu itu saya tidak sedar apa yang berlaku. Jasa anda semua amat saya hargai.

Pada masa kini kita sering mendengr perbualan orang tentang H1N1. Walau bagaimanapun kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana pada masa ini Kampus Bintulu masih lagi berada dalam keadaan selamat. Diharapkan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa UPM Kampus Bintulu sama-sama berdoa agar kita semua dijauhi dari perkara yang tidak diingini berlaku di kampus ini. Apa yang lebih utama adalah mahasiswa UPM Kampus Bintulu ini perlu lebih bijak bertindak dalam menangani apa-apa sahaja cabaran dan dugaan yang mendatang. Sama-samalah kita berganding bahu dalam mencapai kegemilangan bersama dan seterusnya menjadikan kita insan yang berguna pada masa akan datang. Dan kepada semua mahasiswa UPM Kampus Bintulu saya ucapkan selamat menempuh Ujian Penilaian 1. Semoga anda semua berjaya. Good luck to you all.

Setakat itu sahajalah pada hari ini dan InsyaAllah saya akan terus bersama anda semua. Wassalam dan sekian terima kasih.

MPP Mohd Afiq,
MPP Nur Sirah.

0 comments: