Saturday, November 17, 2007

UPM KAMPUS BINTULU

Sebagai kampus cawangan, Univerisiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) mendukung misi UPM, dan berusaha untuk menjadi pusat pendidikan tinggi wilayah penting yang memberi sumbangan kepada pembangunan persekitaran intelektual, sumber tenaga dan sosioekonomi Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (FSPM) di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) merupakan sebuah 'Kampus Fakulti'. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu Meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa,Kampus Bintulu telah memfokus bidang agrobio seperti pertanian, perhutanan, perikanan dan lain-lain disiplin yang relevan.

UPM Kampus Bintulu terletak 13 km dari Bandar Bintulu, dikelilingi dengan rimbunan kehijauan yang kaya dengan flora dan fauna. Kampus ini mempunyai keluasan 715.16 hektar dan boleh menampung sehingga 2200 orang pelajar menjelang tahun 2010 .

Fakulti ini mempunyai lima buah jabatan iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan serta Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan.


0 comments: