
SERDANG, 17 Feb – Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baru perlu menterjemahkan kepercayaan dan mandat yang diberikan pelajar universiti itu melalui keberkesanan hasil kerja dalam tempoh satu tahun pelantikan, kata Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah.
Beliau berkata, kepimpinan MPP UPM perlu memahami lima fungsi mereka yang termaktub di bawah Seksyen 52(10), Perlembagaan UPM yang menjadi pengukur peranan kepimpinan MPP dengan perincian terhadap kaedah pelaksanaan melalui siri-siri latihan yang diikuti mereka selepas ini.
“Latihan tersebut bagi melatih barisan pemimpin pelajar supaya menjadi profesional, mahir dan mewujudkan budaya kerja sistematik untuk diwariskan kepada barisan pengganti.
“Saya amat mementingkan pematuhan terhadap ukuran, prosedur dan tatacara yang digubal kerana tindakan yang dilaksanakan sebagai warga UPM harus sentiasa selari dengan aspirasi kerajaan,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli MPP UPM Sesi 2008/2009, di Serdang, baru-baru ini.
Dr. Nik Mustapha berkata, bagi menghadapi era baru serba mencabar, gerakan pelajar universiti perlu mempamerkan imej profesional, praktikal dan rasional untuk menjadi pemimpin yang disegani.
“Budaya berdemonstrasi bercorak negatif perlu ditinggalkan dalam menuju ke arah masyarakat maju dan barisan kepimpinan MPP perlu memberi contoh personaliti, sahsiah dan amalan kerja berkualiti.
“MPP perlu menjalankan aktiviti dengan menerapkan komponen kemahiran insaniah yang kini menjadi agenda utama Kementerian Pengajian Tinggi bagi melahirkan modal insan yang serba boleh dan berdaya saing,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPP Sesi 2008/2009, Mohd Syamsul Salleh berkata MPP kali ini perlu mewujudkan satu jalinan kerjasama yang erat antara pelajar dan pihak pentadbiran dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan keselesaan pelajar bagi menjana kecemerlangan universiti.
“Modus operandi MPP yang baru perlu dipacu bersama dengan semangat kerjasama jitu antara pelajar dan MPP sebagai medium perantara dan pihak pentadbiran universiti sebagai pelaksana.
“Melalui slogan MPP yang baru iaitu ‘Aspirasi Anda, Inspirasi MPP’ tumpuan akan diberikan kepada kecemerlangan pencapaian pelajar universiti dalam semua aspek dan pembelaan terhadap isu-isu kebajikan dan keselamatan pelajar,” katanya yang merupakan pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama tahun tiga.
Disediakan oleh Seksyen Media dan Publisiti, Bahagian Komunikasi Korporat, UPM.
Baca Seterusnya
Friday, February 27, 2009
MPP Baru Perlu Laksana Kerja Berkesan – Naib Canselor
Posted by
MPP UPMKB
at
1:27 AM
Labels: info
Sunday, January 25, 2009
Posted by
MPP UPMKB
at
8:19 AM
Myspace Comment Codes
MPP UPMKB 08/09 dan MPP UPMKB 07/08 mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua warga UPM Kampus Bintulu Baca Seterusnya
Labels: info
Sunday, January 4, 2009
Thursday, January 1, 2009
Posted by
MPP UPMKB
at
5:54 PM
AL-FATIHAH

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Abang Ahmad Bin Abang Abai, pensyarah dari Jabatan Sains Sosial, Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan UPMKB telah kembali ke rahmatullah pada petang Khamis, 1 Januari 2009. Warga UPMKB mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh. Al-Fatihah.
Baca Seterusnya
Labels: info
Tuesday, December 30, 2008
Posted by
MPP UPMKB
at
6:43 PM
Sekali lagi kita diberi nyawa tambahan oleh Allah swt untuk sama-sama meraikan tahun baru Hijrah 1430 dan juga tahun baru Masehi 2009. Syukur kita kepadaNya kerana kita masih dapat lagi bersukaria meraikan kedatangan tahun baru ini bersama teman dan taulan. Sebagaimana biasa, apabila menjelang tahun baru semua pihak akan tampil dengan pelbagai resolusi yang biasanya akan pudar beberapa minggu kemudian.
Sesetengah resolusi yang kita tatapi di dada-dada akhbar kelihatan begitu remeh, ada yang lucu dan tak kurang juga yang tidak senonoh. Bagi kita orang-orang Islam, sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah, maka resolusi kita mestilah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta, menjadikan kita lebih tawaduk dan bersyukur terhadap segala nikmat yang diberi. Sehubungan dengan itu, hijrah yang dilalui oleh Rasulullah saw wajar kita ambil pengiktibaran dengan berazam untuk berhijrah kepada keadaan kehidupan yang lebih baik di tahun-tahun akan datang. Ini meliputi segala aspek kehidupan termasuk sikap, perangai, akhlak diri, ekonomi, keilmuan, ibadat, pergaulan, dan lain-lain lagi yang makruf dan berkebajikan.
Pihak MPP 07/08, MTM 08/09, dan MTM 07/08 mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi kepada seluruh warga UPM Kampus Bintulu. Semoga Tahun Baru ini membawa sinar baru kepada kita semua.
Labels: info
Subscribe to:
Posts (Atom)


