Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mengadakan satu kem kembara yang bertempat di Taman Negara Niah pada 8-10 Februari untuk kali kedua. Seramai 37 orang peserta telah mengikuti program ini. Kem Kemabara Niah yang dilaksanakan merupakan gabungan aktiviti utama iaitu ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga cabaran fizikal untuk meningkatkan motivasi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kerjasama ahli persatuan.
Objektif progam ini dijalankan adalah untuk menerapkan sifat-sifat murni dalam diri setiap ahli seperti semangat toleransi dan kerjasama, melatih dan memupuk semangat kepimpinan serta keyakinan yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan dan berakhlak mulia di samping menimba ilmu pengetahuan, melahirkan seorang ahli masyarakat yang lebih bertanggungjawab, menjadikan persatuan sebagai sebuah organisasi yang dapat membantu membentuk sahsiah mahasiswa, merapatkan ukhuwah persahabatan serta lebih mengenali antara satu sama lain antara ahli persatuan, dan memberi pendedahan tentang survival hidup apabila berada di dalam hutan.
Secara keseluruhan kem ini dapat menambahkan keyakinan diri untuk mengharungi segala jenis cabaran. Program ini juga akan dapat melahirkan seorang ahli seni mempertahankan diri yang bukan sahaja mahir dalam pertahanan fizikal tetapi juga daripada segi mental dan kerohanian. Selain itu ia selaras dengan harapan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah agar dapat menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling sekaligus berjaya melahirkan seorang mahasiswa/i yang berketrampilan dan berkarisma.
Baca Seterusnya
Saturday, May 10, 2008
KEM KEMBARA NIAH : 8-10 FEBRUARI 2008
Labels: Aktiviti
KEM PENGUKUHAN BERKUMPULAN : 4-7 FEBRUARI 2008
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” adalah kata-kata yang paling sesuai menggambarkan aktiviti kem ini yang telah berlangsung pada 4-7 Februari 2008 dalam memupuk satu semangat berkumpulan. Kem ini telah disertai seramai 30 orang peserta dan 15 orang AJK yang bertempat di Taman Negara Similajau, Bintulu dianjurkan oleh Kelab Rakan Siswa UPMKB.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program termasuklah Jungle Tracking, ExploreRace, Istana Pasir, Malam Kebudayaan, Santai Malam dan juga Fajar Murni. Turut menjayakan program adalah Penasihat Kelab Rakan Siswa iaitu En Abang Ahmad Abang Abai.
Baca Seterusnya
Labels: Aktiviti
SESI DIALOG BERSAMA PENGURUSAN UPMKB : 31 JANUARI 2008
Pada 31 Januari 2008 telah diadakan satu sesi dialog bersama pihak pengurusan UPM Kampus Bintulu. Objektif utama program ini ialah bagi membincangkan masalah dan persoalan yang timbul di kalangan mahasiswa. Antara ahli pengurusan UPMKB yang hadir ialah Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Japar Sidik Bujang, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Muta Harah Zakaria dan Ketua Jabatan Kolegiat, Cik Azira Sanusi.
Sesi dialog ini dihadiri oleh semua mahasiswa UPMKB dan turut disertai exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiswa. Perkara utama perbincangan dalam sesi dialog ini adalah seperti penambahan infrastruktur, kemudahan Kiosk Pelajar, penggunaan ICT dan Astro, masalah capaian “wireless”, kekurangan, kebersihan dan harga makanan di gerai di “food court dan sebagainya. Pelbagai penjelasan dan persoalan telah di rungkaikan dalam sesi dialog ini. Daripada Dekan sendiri menyatakan hasrat beliau untuk melihat warga UPMKB dan khasnya mahasiswa supaya dapat mempertingkatkan disiplin, etika dan dapat mengunakan kemudahan dan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Beliau turut menyatakan bahawa adalah penting untuk mahasiswa berfikir secara lebih matang untuk mencerminkan kepribadian seorang mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama dan merupakan harapan negara pada masa hadapan.
Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap dan dapat menerapkan sistem yang telus dalam sesi dialog supaya semua pihak mendapat keuntungan dan akhirnya mencapai kata sepakat yang membawa berkat.
Baca Seterusnya
Labels: Aktiviti
PROGRAM HARI ASYURA : 10 Muharam 1429 / 20 Januari 2008
Program Hari Asyura yang bertemakan “Asyura Memupuk Jati Diri Mahasiswa”. Telah dijalankan pada 10 Muharam 1429/ 20 Januari 2008. Program ini yang berbentuk gotong royong yang telah dianjurkan bersama oleh Pusat Islam UPMKB dan Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah serta turut disertai oleh exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiwa UPMKB.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, begitulah peribadi yang membentuk kesejahteraan dan perpaduan ummah. Dalam merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang saling bekerjasam dan produktif, program ini telah dijalankan.
Pogram ini yang juga turut melibatkan bukan sahaja mahasiswa UPMKB bahkan staf UPMKB telah memakan selama satu hari ini mendapatkan sambutan yang memberansangkan dari pelbagai pihak. Hasil program ini telah menjalinkan ukhuwwah yang erat di kalangan peserta yang hadir. Bahkan bubur Asyura yang terhasil telah dapat dirasai oleh semua pelajar tidak kira agama dan bangsa serta semua staf UPMKB.
Diharapkan program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang, demi mewujudkan suasana muhibbah di UPMKB.
Baca Seterusnya
Labels: Aktiviti
MAJLIS PERLANTIKAN RASMI MTM SESI 2007/2008 : 12 JANUARI 2008
Tanggal 12 Januari 2008 merupakan tarikh pelantikan secara rasmi Majlis Tertinggi Mahsiswa bagi Sesi 2007/2008. Seramai 36 orang mahasiswa telah secara rasmi dilantik sebagi exco Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang. Pelantikan ini meliputi pembahagian portfolio iaitu Majlis Tertinggi, Pengerus Biro dan Wakil Program.
Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, Prof. Madya Dr. Japar Sidik Bujang. Antara tetamu yang hadir ialah, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Muta Harah Zakaria serta felo. Saudara Mohd Norhisham Bin Abdullah telah dipilih secara rasmi sebagai Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang bagi sesi 2007/2008.
Dalam majlis tersebut Saudara Mohd Norhisham bin Abdullah telah menyampaikan ucapan pertama beliau selaku Presiden MTM Sesi 2007/2008.Dalam ucapan tersebut beliau telah mengariskan beberapa perkara yang akan menjadi fokus utama MTM Sesi 2007/2008, iaitu MTM Sesi 2007/2008 memfokuskan kepada tiga perkara penting bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu dalam membantu universiti dan mahasiswa khasnya iaitu membudayakan kebijaksanaan, membantu universiti melahirkan mahasiswa teknokrat dan mengetengahkan kebajikan mahasiswa.
Selain itu Saudara Norhisham turut menegaskan bahawa penubuhan MTM adalah antara lain bagi mewujudkan semangat berpersatuan dikalangan mahasiswa di Kolej Kediaman. Untuk itu, semua exco MTM perlu merancang pelbagai program dalam membantu mahasiswa bagi meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan diri samada program di peringkat kolej atau universiti. Ia adalah selari dengan matlamat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah mahir dalam mengendalikan pelbagai aktiviti dan seterusnya mempunyai kemahiran softskill sepertimana yang diharap-harapkan.
Saudara Norhisham juga turut berpesan walau apa pun aktiviti yang akan dijalankan di kolej dan universiti, kita semua harus ingat kecemerlangan akademik hendaklah sentiasa diutamakan. Agenda ini bertitik tolak dari pengurusan masa yang betul dan disiplin yang tinggi. Sesungguhnya tiada apa yang paling bermakna dalam kehidupan di kampus melainkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Pencapaian yang rendah dan sederhana mestilah terus ditingkatkan dari masa ke masa. Dalam hal ini, semua rakan-rakan pemimpin perlu turut memainkan peranan penting dalam membantu dan mengingatkan kita selain motivasi dalaman diri sendiri yang tinggi untuk mengejar kecemerlangan.
Diakhir ucapan beliau, saudara Norhisham telah menyebut “ The More You Give, Much More You Will Get” iaitu moto MTM Sesi 2007/2008 dan beliau turut menyebut walau apa pun kita semua hendaklah bergerak selari dengan hasrat universiti. Justeru itu saudara-saudari sekalian diharapkan dapat memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap kepimpinan MPP dan MTM Sesi ini. Sebarang kritikan dan komen yang membina hendaklah disalurkan dengan jalan yang sewajarnya bagi membolehkan idea yang bernas dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Semoga MTM Sesi 2007/2008 akan mencapai kejayaan dan terus melakukan perubahan untuk kebaikan kepada seluruh warga Kolej Sri Rajang UPMKB.
Baca Seterusnya
Labels: Aktiviti