Saturday, May 10, 2008

KEMBARA PUTRA UPMKB : 16-20 NOVEMBER 2007

Kembara Putra UPMKB adalah usaha terancang anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Kolej Cempaka,UNIMAS.
Aktiviti-aktiviti Kembara Putra ini membolehkan penglibatan aktif mahasiswa dalam membina daya ketahanan yang tinggi dari segi fizikal dan mental mahasiswa UPM Kampus Bintulu yang mengikuti program ini. Selain itu, melalui aktiviti ini semangat kerjasama berpasukan, kemahiran, rasa cinta pada flora dan fauna serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan mahasiswa. Di samping itu, mahasiswa juga dapat mengenali serta mempelajari budaya dan adat masyarakat di Sarawak.Program Kembara Putra yang telah melibatkan seramai 35 orang mahasiswa UPMKB dengan kerjasama daripada warga Kolej Cempaka, UNIMAS telah menjalankan beberapa aktiviti pemantapan dari segala segi termasuklah persediaan ekspedisi Gunung Gading, Lundu, Sarawak yang telah berlangsung bermula dari 16 November hingga 20 November 2007.
Disamping untuk menanam serta mengutuhkan nilai-nilai moral di dalam diri setiap mahasiswa yang terlibat, program ini juga untuk membantu mahasiswa menyalurkan bebanan serta tekanan ke arah yang betul iaitu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Diharapkan agar program sebegini tidak berakhir di sini sahaja malahan patut dijadikan sebagai salah satu aktiviti tahunan mahasiswa di UPMKB.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan dan telah memberikan banyak pengalaman kepada para peserta program Kembara Putra Universiti Putra Malaysia 2007. Sesuai dengan objektif program ini iaitu mewujudkan budaya aktiviti yang sihat di kalangan mahasiswa, aktiviti seperti mendaki gunung, sukan persahabatan dan membuat kunjungan ke tempat-tempat menarik yang bersejarah di sekitar Bandaraya Kuching berjaya menerapkan budaya hidup sihat serta memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali tempat, adat dan budaya masyarakat di bumi Kenyalang. Aktiviti seumpama ini juga telah mengajar para peserta mematuhi ketepatan masa, mengenali erti kesabaran, bertolak ansur, amanah, dan bertanggungjawab.
Selain daripada itu, program ini telah berjaya menanamkan semangat jati diri, semangat berpasukan, komitmen yang tinggi dan kerjasama yang baik di kalangan peserta. Program ini juga secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai hal-hal pengurusan sesebuah program dimana mahasiswa dengan sendiri merancang dan melaksanakan semua proses pelaksanaan program Kembara Putra ini dengan bimbingan pegawai pemantau. Disamping itu, melalui program ini juga, Univeriti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah dapat diperkenalkan dengan lebih jelas menerusi slot dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Universiti Malaysia Sarawak serta Majlis Tertinggi Mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Dapatlah disimpulkan bahawa program Kembara Putra Universiti Putra Malaysia 2007 pada kali ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan para peserta telah mendapat faedah yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan kerjaya mahasiswa pada masa akan datang. Baca Seterusnya

INDUKSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2007/2008 INDUKSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2007/2008 : 19-23 NOVEMBER 2007

Pada 19 November hingga 23 November 2007, 2 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM Kampus Bintulu iaitu saudara Norhisham Bin Abdullah dan saudari Norhilawati Bt Hamzah telah menghadiri kursus induksi MPP bagi sesi 2007/2008 bertempat di Genting Permai, Genting Highlands.




Kursus selama 5 hari iti telah diisi dengan pelbagai program antaranya ialah slot daripada pelbagai seksyen daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, ceramah daripada Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, perbincangan dan pembentangan takwim aktiviti untuk sepanjang 1 penggal. Selain itu terdapat juga satu slot bersama dengan Naib Canselor iaitu Y. Bhg. Profesor Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah.




Pada hari pertama, kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan telah diminta untuk menyediakan 1 kertas kerja mengenai program lawatan ke negara pilihan di mana kertas kerja yang disediakan perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan iaitu mengikut ISO. Setiap kertas kerja yang dibuat akan dibentangkan dimana kertas kerja yang terbaik akan dipilih untuk dijadikan salah satu program lawatan untuk MPP. Antara destinasi yang dipilih ialah Australia, China, Netherland dan Jepun. Sebelum itu kami telah diberi penerangan tentang hal ehwal kewangan untuk aktiviti pelajar. Di sebelah malamnya adalah ceramah daripada Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. Beliau merupakan pengerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) dan merupakan salah seorang pensyarah UPM.

Pada hari kedua pula kami telah diberikan penerangan tentang tugas-tugas dan tanggungjawab di Unit Pusat Sumber oleh En. Nor Azlan Mohammad, Ketua Unit Pusat Sumber. Melalui penerangan ini kami didedahkan bagaimana pemprosesan untuk mendapatkan kelulusan sesuatu kertas kerja yang dihantar oleh pelajar dan sebagainya. Pada sesi kedua pula En.Zuhaimi Abdul Rahim, Ketua Seksyen Perkhidmatan Kebajikan. Beliau telah memberi penerangan mengenai tanggungjawab di unit beliau dan bantuan-bantuan yang ada untuk disalurkan kepada para pelajar. Sebelah malamnya pula kami telah menerima tetamu yang istimewa iaitu Naib Canselor UPM, Y. Bhg. Profesor Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah. Selepas makan malam bersama-sama beliau, kami telah diberi peluang untuk berdiskusi dengan beliau. Sebelum itu Yang Dipertua MPP saudara Mohammad Sabrie Mohd Salleh telah membentangkan tentang pelan strategik MPP bagi sesi 2007/2008. Dalam sesi berdiskusi itu, beliau telah memberi pelbagai nasihat dan amanat untuk para pemimpin pelajar. Antara yang paling ditekankan oleh beliau ialah menggunakan kaedah SMART (S-Strategic, M-Measures, A-Achiveable R-Realistic T-Timeliness) apabila membuat sesuatu perancangan agar ia dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu beliau amat menekankan tentang kepentingan soft-skill dan program keusahawanan. Setelah berdiskusi dengan beliau beberapa jam, En. Husalshah Rizal b Hussain mengambil alih slot seterusnya iaitu protokol. Pada slot ini para pemimpin pelajar telah didedahkan tentang ilmu berprotokol dan bagaimana menguruskan sesuatu majlis supaya dapat berjalan dengan lancar.

Pada hari ketiga pula telah diambil alih oleh para kaunselor di mana pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah mengenali personaliti diri dimana kami telah diberi ujian personaliti diri. Melalui aktiviti ini kami dapat mengenali kelebihan yang ada pada diri dan kelemahan yang perlu dibaiki. Seterusnya kami menjalankan aktiviti yang menguji kami dalam membuat keputusan di mana kami telah telah diberikan satu topik untuk membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan ranking UPM jatuh dalam tinjauan yang dilakukan oleh majalah THES. Setiap kami diberikan peranan seperti Perdana Menteri, pemimpin pelajar, wakil ibu bapa, wartawan, wakil dari Universiti Oxford, wakil THES dan sebagainya di mana setiap peranan yang dimainkan perlu menyakinkan orang lain dengan hujah masing-masing Disebelah petang pula kami menjalankan aktiviti yang memerlukan kerjasama sesama ahli kumpulan di mana kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Disebelah malam pula kami menjalankan aktiviti yang memerlukan kami mengenal pasti nilai-nilai murni yang ada.



Hari keempat pula diperuntukkan kepada kami untuk merancang takwim aktiviti sepanjang satu penggal mengikut seketeriat masing-masing. Selain itu, setiap seketeriat juga perlu menyiapkan kertas kerja masing-masing bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Disebelah petang pula, satu persidangan MPP kali pertama telah diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini dan fokus setiap seketeriat. Disebelah malam pula, setiap seketeriat diminta untuk membentangkan takwim aktiviti setiap seketeriat kepada pihak pengurusan.



Pada hari terakhir pula, kami telah diberi peluang untuk melawat ke puncak Genting Highland beberapa jam dengan menaiki kereta kabel. Pada jam 3.00 petang kami bertolak balik ke UPM Serdang dan sampai jam 5.30 petang.



Baca Seterusnya

Friday, May 2, 2008

NORHILAWATI BINTI HAMZAH



Nama: Norhilawati Binti Hamzah

Nama Bapa: Hamzah Bin Mohamad

Nama Ibu: Rusenaini Binti Ibrahim

Tarikh Lahir: 14 Februari 1986

No. H/P: 017-8517525

Alamat Tetap: 3027, Taman Mohd Nor, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

:: PENGLIBATAN ::

Bacelor Sains Bioindustri Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Sek. Men. Keb. Sultan Ismail, Kemaman

Sek. Keb. Ibok, Kemaman

:: PENGLIBATAN ::

Exco Kebajikan Dan Keselamatan

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Putra Malaysia (MPPUPM)

Bendahari

Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM)

Kolej Sri Rajang

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Biro Kebajikan

Persatuan Pra-Universiti

Sek. Men. Keb Sultan Ismail, Kemaman

Pengerusi

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH)

Sek. Men. Keb. Sultan Ismail, Kemaman.

Baca Seterusnya

MOHD NORHISHAM BIN ABDULLAH


Nama: Mohd Norhisham bin Abdullah

Nama Bapa: Abdullah Bin Hamat

Nama Ibu: Rahana Binti Hashim

Tarikh Lahir: 23 Jun 1987

No. H/P: 012 9380994

Alamat Tetap: Lot 669, Kampung Jias, 17000 Pasir Mas, Kelantan.

Alamat Semester: Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, P.O. Box 396, 97008 Bintulu, Sarawak.


:: PENDIDIKAN ::

Bacelor Sains Bioindustri, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak

Kolej Matrikulasi Johor, Johor (KMJ)

Maktab Rendah Sains MARA Polis Di Raja Malaysia, Kedah (MRSM PDRM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, Kelantan (SMK SIS)

Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, Kelantan (SRK SIS)


:: PENGLIBATAN ::

Timbalan Yang Dipertua (Hal Ehwal Bintulu)

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia

(MPP UPM)

Presiden

Majlis Tertinggi Mahasiswa, Kolej Sri Rajang

(MTM KSR)

Exco Kebudayaan

Kesatuan Remaja Islam Matrikulasi

(KARISMA)

Presiden

Badan Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran Al-Hakim

(BPPSPH)

Ketua Pengawas (Sesi Petang)

Badan Pengawas SMK SIS

Baca Seterusnya

Wednesday, April 30, 2008

Aduan & Cadangan

[PERINGATAN: Sebarang aduan dan cadangan yang menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Anonymous comment WILL NOT BE PUBLISHED. Your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.] Baca Seterusnya