Monday, May 19, 2008

PERUTUSAN AKHIR SEMESTER



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. & Salam Perpaduan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Tuhan sekalian alam, atas kurniaNya, ruang dan perolehan yang kita miliki masih dapat kita terus gunakan dan kita masih diberi ruang untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya yang tidak ternilai ini.

Pada kesempatan ini, saya dan seluruh Exco MPP Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB dan MTM Kolej Sri Rajang ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester dan selamat menjalani cuti semester kepada seluruh warga UPM Kampus Bintulu. Semoga semester ini yang akan meninggalkan kita dapat memberi kita seribu satu kenangan, cabaran, dan kejayaan buat kita semua.

Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar tahun akhir sesungguhnya “Hadirmu Satu Inspirasi, Pergimu Mencurah Bakti” tiada kata-kata indah lain yang dapatkan diungkapkan untuk mengambarkan sumbangan yang telah saudara-saudari berikan kepada seluruh warga UPM Kampus Bintulu. Semoga saudara-saudari terus berjaya dalam hidup dan akan meneruskan kegemilangan walau dimanapun anda berada.

Kami dari MPP dan MTM Sesi 2007-2008 telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami, walau bagaimanapun mungkin akan ada kesilapan atau kekurangan dalam sesuatu yang kami lakukan. Namun kami percaya bahawa esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebit erat pada semester hadapan demi satu tujuan iaitu mencapai kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. Wassalam.


MOHD NORHISHAM BIN ABDULLAH
TYDP MPPUPM
Presiden MTM KSR
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Sarawak Baca Seterusnya

Tuesday, May 13, 2008

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR UPMKB 2007-2008 (JPPUPMKB)










Baca Seterusnya

Saturday, May 10, 2008

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH : 23 FEBRUARI 2008

23 Februari 2008, Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Biro Pembagunan Insan MTM telah menganjurkan satu bengkel Pengurusan Jenazah yang bertempat di Pusat Islam. Kursus ini telah disertai seramai 78 orang peserta. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar beragama Islam tentang cara pengurusan jenazah dengan betul. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Wan Sulaiman dan Ustazah Wan Rogayah Chek dari Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu (JAIS)








Baca Seterusnya

EXPLOMINDA : EVOLUSI HIJAU BERTERUSAN : 23-24 FEBRUARI 2008

Program ini adalah anjuran dari Kelab Rimbawan dan Persatuan Pandu Puteri dengan kerjasama daripada pihak Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB. Program ini telah berlangsung pada 23 hingga 24 Februari 2008 bertempat di Pusat Pelajar UPMKB dan sekitar kampus UPMKB.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat bendera, pengecaman jenis pokok, pengecaman penyakit kopi, menangkap burung, dan sebagainya. Aktiviti paling mencabar adalah setiap kumpulan dikehendaki mengahantar wakil untuk memakan 2 ekor ulat Mulung. Turut hadir adalah penasihat Kelab Rimabawan iaitu En Roland Kueh Jui Heng. Baca Seterusnya

KEJOHANAN PENCAK SILAT JEMPUTAN UPMKB : 22-24 FEBRUARI 2008

Kejohanan Pencak Silat Jemputan UPMKB yang telah berlangsung pada 22 hingga 24 Februari telah dilaksanakan dengan gemilang dengan penyertaan peserta yang mengalakkan berbanding seperti tahun-tahun sebelumnya. Pertandingan turut diserikan dengan kehadiran kontijen daripada negara jiran iaitu Brunei selain daripada persatuan-persatuan silat seluruh Sarawak.
Pertandingan ini yang bermatlamat untuk mengeratkan silaturrahim antara seni silat telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Mohd. Daud Awang. Kejohanan silat kali ini yang menawarkan 9 kategori bagi lelaki dan 6 kategori bagi perempuan untuk dipertandingkan. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh seni Pengerusan Silat Helang Putih, manakala johan pertandingan marshal (seni) telah dimenangi oleh pasukan UPMKB. Sekalung tahniah diatas kemenangan mereka, semoga pertandingan tersebut akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang. Baca Seterusnya

KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL : 14-16 FEBRUARI 2008

Kursus ini adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPMKB yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 Februari 2008 bertempat di Dewan Persidangan UPMKB. Penceramah bagi kursus ini dibawa khas dari UPM Serdang iaitu Pn.Noraihan Noordin, Penolong Pendaftar dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM Serdang.
Antara intipati yang ditekankan adalah tentang maksud protocol, kaedah penyusunan tempat duduk, ketrampilan iaitu penampilan diri, cara pengurusan majlis, penyambut tetamu, etika sosial dalam pelbagai situasi dan juga tertib di meja makan. Peserta yang megikuti kursus ini adalah antaranya exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Tertinggi Mahasiswa dan juga pelajar-pelajar UPMKB yang secara sukarela memohon untuk mengikuti kursus tesebut. Penceramah mengunakan kaedah seperti tayangan video dan juga menunjukkan situasi secara praktikal supaya para peserta lebih memahami dengan lebih terperinci mengenai protokol dan etiket sosial.
Program kemuncak kursus ini adalah para peserta telah di minta untuk mengendalikan majlis penutup program tersebut. Majlis penutup tersebut telah dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Pengerusi MPP UPMKB Saudara Mohd Norhisham Abullah dan telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar UPMKB, Dr. Mohd. Daud Awang. Diharapkan program- program sebegini akan kerap dijalankan demi untuk dapat meningkatkan kualiti graduan UPM Kampus Bintulu. Baca Seterusnya

TEMASYA BUDAYA WARISAN (TEBUWA) : 13-17 FEBRUARI 2008

“Mendukung Adat Menjunjung Warisan” merupakan tema bagi program Temasya Budaya Warisan ( TEBUWA) anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar UPMKB yang berlangsung pada 13 hingga 17 Februari 2008. Pembukaan tirai majlis telah diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden Majlis Tertinggi Mahsiswa Kolej Sri Rajang, Saudara Mohd Norhisham Abdullah dan majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En. Abang Ahmad Abang Abai selaku Ketua Felo yang mewakili Pemangku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dr. Mohd. Daud Awang.Pembukaan dimeriahkan dengan acara-acara yang menghiburkan dan mengagumkan dari Persatuan Seni Silat Ustaz Hanafi dan persembahan tarian khas oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan UPMKB dan persembahan Dikir Barat sebagai penutup majlis.





Program TEBUWA telah berjaya menggamatkan suasana Dewan Makan 1 pada 14 dan 15 Februari dengan pertandingan pantun yang hebat di antara wakil blok. Dengan bertemakan tajuk tradisi, setiap peserta telah menunjukkan bakat mereka berbalas pantun. Pemantun terbaik jatuh kepada Saudari Norfaradila bt Md Baiti dari Blok H, sekaligus merangkul anugerah Johan keseluruhan bagi acara pantun yang dipertandingkan. Pada 16 Februari pula, acara sukan rakyat telah membuka gelanggang dengan mempertandingkan permainan tradisional seperti pertandingan menganyam ketupat, menyumpit, ayam dan musang, galah panjang, boling kelapa, dan berbagai-bagai lagi.




Malam Penutup Program TEBUWA yang berkonsepkan tradisional telah mencipta sejarah dan pencapaian baru bagi warga Kolej Sri Rajang dengan menawarkan pelbagai kelainan dan pembaharuan yang telah mendapat pujian dari pelbagai pihak. Majlis penutup tersebut diserikan dengan persembahan dari Persatuan Seni Silat Banteng Betawi dan pertandingan Dramatari yang amat menghiburkan. Majlis perasmian penutup telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Pengarah Program Temasya Budaya Warisan (TEBUWA) iaitu Saudari Hurraini Ismail dan Majlis Penutup disempurnakan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar iaitu Dr. Mohd Daud Awang.






Secara keseluruhan, Program Temasya Budaya Warisan (TEBUWA) telah mencapai kejayaan yang amat membanggakan dan telah mencipta satu “benchmark” kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar di UPMKB. Diharapkan program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang agar tradisi kita dapat dikekalkan sepanjang zaman.






Baca Seterusnya

KEM KEMBARA NIAH : 8-10 FEBRUARI 2008

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mengadakan satu kem kembara yang bertempat di Taman Negara Niah pada 8-10 Februari untuk kali kedua. Seramai 37 orang peserta telah mengikuti program ini. Kem Kemabara Niah yang dilaksanakan merupakan gabungan aktiviti utama iaitu ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga cabaran fizikal untuk meningkatkan motivasi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kerjasama ahli persatuan.
Objektif progam ini dijalankan adalah untuk menerapkan sifat-sifat murni dalam diri setiap ahli seperti semangat toleransi dan kerjasama, melatih dan memupuk semangat kepimpinan serta keyakinan yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan dan berakhlak mulia di samping menimba ilmu pengetahuan, melahirkan seorang ahli masyarakat yang lebih bertanggungjawab, menjadikan persatuan sebagai sebuah organisasi yang dapat membantu membentuk sahsiah mahasiswa, merapatkan ukhuwah persahabatan serta lebih mengenali antara satu sama lain antara ahli persatuan, dan memberi pendedahan tentang survival hidup apabila berada di dalam hutan.
Secara keseluruhan kem ini dapat menambahkan keyakinan diri untuk mengharungi segala jenis cabaran. Program ini juga akan dapat melahirkan seorang ahli seni mempertahankan diri yang bukan sahaja mahir dalam pertahanan fizikal tetapi juga daripada segi mental dan kerohanian. Selain itu ia selaras dengan harapan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah agar dapat menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling sekaligus berjaya melahirkan seorang mahasiswa/i yang berketrampilan dan berkarisma. Baca Seterusnya

KEM PENGUKUHAN BERKUMPULAN : 4-7 FEBRUARI 2008

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” adalah kata-kata yang paling sesuai menggambarkan aktiviti kem ini yang telah berlangsung pada 4-7 Februari 2008 dalam memupuk satu semangat berkumpulan. Kem ini telah disertai seramai 30 orang peserta dan 15 orang AJK yang bertempat di Taman Negara Similajau, Bintulu dianjurkan oleh Kelab Rakan Siswa UPMKB.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program termasuklah Jungle Tracking, ExploreRace, Istana Pasir, Malam Kebudayaan, Santai Malam dan juga Fajar Murni. Turut menjayakan program adalah Penasihat Kelab Rakan Siswa iaitu En Abang Ahmad Abang Abai. Baca Seterusnya

SESI DIALOG BERSAMA PENGURUSAN UPMKB : 31 JANUARI 2008

Pada 31 Januari 2008 telah diadakan satu sesi dialog bersama pihak pengurusan UPM Kampus Bintulu. Objektif utama program ini ialah bagi membincangkan masalah dan persoalan yang timbul di kalangan mahasiswa. Antara ahli pengurusan UPMKB yang hadir ialah Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Japar Sidik Bujang, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Muta Harah Zakaria dan Ketua Jabatan Kolegiat, Cik Azira Sanusi.
Sesi dialog ini dihadiri oleh semua mahasiswa UPMKB dan turut disertai exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiswa. Perkara utama perbincangan dalam sesi dialog ini adalah seperti penambahan infrastruktur, kemudahan Kiosk Pelajar, penggunaan ICT dan Astro, masalah capaian “wireless”, kekurangan, kebersihan dan harga makanan di gerai di “food court dan sebagainya. Pelbagai penjelasan dan persoalan telah di rungkaikan dalam sesi dialog ini. Daripada Dekan sendiri menyatakan hasrat beliau untuk melihat warga UPMKB dan khasnya mahasiswa supaya dapat mempertingkatkan disiplin, etika dan dapat mengunakan kemudahan dan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Beliau turut menyatakan bahawa adalah penting untuk mahasiswa berfikir secara lebih matang untuk mencerminkan kepribadian seorang mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama dan merupakan harapan negara pada masa hadapan.
Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap dan dapat menerapkan sistem yang telus dalam sesi dialog supaya semua pihak mendapat keuntungan dan akhirnya mencapai kata sepakat yang membawa berkat. Baca Seterusnya

PROGRAM HARI ASYURA : 10 Muharam 1429 / 20 Januari 2008

Program Hari Asyura yang bertemakan “Asyura Memupuk Jati Diri Mahasiswa”. Telah dijalankan pada 10 Muharam 1429/ 20 Januari 2008. Program ini yang berbentuk gotong royong yang telah dianjurkan bersama oleh Pusat Islam UPMKB dan Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah serta turut disertai oleh exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Mahasiwa UPMKB.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, begitulah peribadi yang membentuk kesejahteraan dan perpaduan ummah. Dalam merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang saling bekerjasam dan produktif, program ini telah dijalankan.
Pogram ini yang juga turut melibatkan bukan sahaja mahasiswa UPMKB bahkan staf UPMKB telah memakan selama satu hari ini mendapatkan sambutan yang memberansangkan dari pelbagai pihak. Hasil program ini telah menjalinkan ukhuwwah yang erat di kalangan peserta yang hadir. Bahkan bubur Asyura yang terhasil telah dapat dirasai oleh semua pelajar tidak kira agama dan bangsa serta semua staf UPMKB.
Diharapkan program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang, demi mewujudkan suasana muhibbah di UPMKB. Baca Seterusnya

MAJLIS PERLANTIKAN RASMI MTM SESI 2007/2008 : 12 JANUARI 2008

Tanggal 12 Januari 2008 merupakan tarikh pelantikan secara rasmi Majlis Tertinggi Mahsiswa bagi Sesi 2007/2008. Seramai 36 orang mahasiswa telah secara rasmi dilantik sebagi exco Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang. Pelantikan ini meliputi pembahagian portfolio iaitu Majlis Tertinggi, Pengerus Biro dan Wakil Program.
Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, Prof. Madya Dr. Japar Sidik Bujang. Antara tetamu yang hadir ialah, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Muta Harah Zakaria serta felo. Saudara Mohd Norhisham Bin Abdullah telah dipilih secara rasmi sebagai Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang bagi sesi 2007/2008.




Dalam majlis tersebut Saudara Mohd Norhisham bin Abdullah telah menyampaikan ucapan pertama beliau selaku Presiden MTM Sesi 2007/2008.Dalam ucapan tersebut beliau telah mengariskan beberapa perkara yang akan menjadi fokus utama MTM Sesi 2007/2008, iaitu MTM Sesi 2007/2008 memfokuskan kepada tiga perkara penting bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu dalam membantu universiti dan mahasiswa khasnya iaitu membudayakan kebijaksanaan, membantu universiti melahirkan mahasiswa teknokrat dan mengetengahkan kebajikan mahasiswa.



Selain itu Saudara Norhisham turut menegaskan bahawa penubuhan MTM adalah antara lain bagi mewujudkan semangat berpersatuan dikalangan mahasiswa di Kolej Kediaman. Untuk itu, semua exco MTM perlu merancang pelbagai program dalam membantu mahasiswa bagi meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan diri samada program di peringkat kolej atau universiti. Ia adalah selari dengan matlamat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah mahir dalam mengendalikan pelbagai aktiviti dan seterusnya mempunyai kemahiran softskill sepertimana yang diharap-harapkan.

Saudara Norhisham juga turut berpesan walau apa pun aktiviti yang akan dijalankan di kolej dan universiti, kita semua harus ingat kecemerlangan akademik hendaklah sentiasa diutamakan. Agenda ini bertitik tolak dari pengurusan masa yang betul dan disiplin yang tinggi. Sesungguhnya tiada apa yang paling bermakna dalam kehidupan di kampus melainkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Pencapaian yang rendah dan sederhana mestilah terus ditingkatkan dari masa ke masa. Dalam hal ini, semua rakan-rakan pemimpin perlu turut memainkan peranan penting dalam membantu dan mengingatkan kita selain motivasi dalaman diri sendiri yang tinggi untuk mengejar kecemerlangan.
Diakhir ucapan beliau, saudara Norhisham telah menyebut “ The More You Give, Much More You Will Get” iaitu moto MTM Sesi 2007/2008 dan beliau turut menyebut walau apa pun kita semua hendaklah bergerak selari dengan hasrat universiti. Justeru itu saudara-saudari sekalian diharapkan dapat memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap kepimpinan MPP dan MTM Sesi ini. Sebarang kritikan dan komen yang membina hendaklah disalurkan dengan jalan yang sewajarnya bagi membolehkan idea yang bernas dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Semoga MTM Sesi 2007/2008 akan mencapai kejayaan dan terus melakukan perubahan untuk kebaikan kepada seluruh warga Kolej Sri Rajang UPMKB.






Baca Seterusnya

PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU HIJRAH 1429H : 1 MUHARAM 1429 / 10 JANUARI 2008

Program Sambutan Baru Hijrah 1429H merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Pusat Islam (UPMKB),Pejabat Dekan UPMKB serta Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB. Program ini berlangsung dengan jayanya pada 1 Muharam 1929/ 10 Januari 2008.
Program ini telah berjaya mencapai obkjektif serta matlamatnya iaitu memupuk nilai kesedaran dalam diri setiap pelajar Islam khasnya tentang erti pengorbanan yang sebenar mengikut syariat Islam dalam konteks sebagai sebagai seorang mahasiswa. Usaha memupuk integrasi kaum dengan mendedahkan tentang sambutan tahun baru Islam ini sedikit sebanyak dapat menerangkan tentang apa itu Islam dengan skop yang lebih luas dan mendalam.
Selain itu, setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Islam UPMKB, Pejabat Dekan UPMKB dan Kelab Naysid Al-Ukhuwwah atas sokongan padu yang diberikan bagi menjayakan program ini. Semoga dengan limpah rahmat Allah S.W.T program seumpama ini dapat dijayakan dengan lebih baik dan meriah lagi pada masa hadapan. Baca Seterusnya

PROGRAM INDUKSI KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2007/2008 : 2-6 JANUARI 2008

Program ini dijalankan pada 02-06 Januari 2008 di Dewan Sri Belian, UPMKB dan di Eastwood Valley Golf and Coutry Club, Miri. Seramai 68 orang mahasiswa yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Tertinggi Mahasiswa dan AJK tertinggi daripada persatuan dan kelab-kelab UPMKB telah bersama-sama menjayakan program ini.
Objektif utama program ini ialah memantapkan kepimpinan pemimpin pelajar melalui modul dan pengisian yang dijalankan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti yang dikelolakan oleh En. Noor Hakim Ahmad yang melibatkan pemerkasaan disiplin pimpinan setiap organisasi. Antara pengisian lain adalah slot bersama pengurusan yang telah dikelolakan oleh Pn. Marina Mohd Top serta berbagai lagi pengisian-pengisian yang mantap oleh fasilitator-fasilitator lain.Diharapkan program sebegini dapat dijalankan lagi bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan mempunyai kredebiliti yang disegani.










Baca Seterusnya