Tuesday, February 19, 2008

Ucapan Perasmian Penutup Kursus Protokol dan Etiket Sosial UPMKB (Pengerusi)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan sekali lagi.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Tuhan sekalian alam, atas kurniaNya, ruang dan perolehan yang kita miliki masih dapat kita terus gunakan dan kita masih diberi ruang untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya yang tidak ternilai ini.

Saudara,Saudari Sekalian

1. Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Kursus Protokol dan Etiket Sosial kerana telah sudi memberikan saya peluang untuk memberi sepatah dua kata dalam majlis penutupan ini.
Sesungguhnya, program yang berkonsepkan protokol dan etiket sosial ini merupakan satu program yang sangat bermanfaat disebabkan program ini selaras dengan usaha pihak universiti untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mengamalkan sikap profesionalisma di UPM Kampus Bintulu ini.

2. Program sebegini merupakan salah satu platform untuk mengembangkan dan menggilap potensi kepemimpinan pelajar yang merupakan pelapis kepada kepemimpinan negara yang tercinta. Justeru itu, saya menyeru kepada diri saya dan peserta kursus yang lain untuk memastikan apa yang dipelajari sepanjang tempoh kursus ini dapat diamalkan dan seterusnya menjayakan aspirasi universiti di dalam pembentukan para pelajar yang bukan sahaja jaguh di bumi sendiri bahkan mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Saudara,Saudari Sekalian

3. Dalam agenda membudayakan sikap profesionalisma atau dengan kata nama lainya protokol dan etika di UPM Kampus Bintulu ini. Saya merasakan ia wajar disuburkan dalam setiap pelajar dan bukan hanya pada sesetengah pelajar yang terpilih sahaja. Ini kerana antara pengisian yang diperolehi dari kursus ini bukan hanya tertumpu kepada protol dan etiket sosial sahaja bahkan secara tidak langsung dapat membentuk minda yang kritis, kreatif dan dinamik kepada pelajar. Di sini saya menegaskan bahawa dengan program- program sebegini kerap dijalankan ia akan pasti dapat meningkatkan kualiti graduan UPM Kampus Bintulu. Jadi saya berharap agar kursus lanjutan untuk protokol dan etiket sosial dapat diadakan pada masa akan datang.


Saudara,Saudari Sekalian

4. Walau apa pun program yang kita sertai, kita harus ingat kecemerlangan akademik hendaklah sentiasa diutamakan. Agenda ini bertitik tolak dari pengurusan masa yang betul dan disiplin yang tinggi. Sesungguhnya tiada apa yang paling bermakna dalam kehidupan di kampus melainkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Pencapaian yang rendah dan sederhana mestilah terus ditingkatkan dari masa ke masa. Namun, ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk membolehkan pelajar tidak aktif dalam kokurikulum. Selagi mana pelajar mampu untuk membahagikan masa dengan baik selagi itu mahasiswa akan mampu mencipta kecemerlangan.

“ The More You Give, Much More You Will Get”

Saudara –Saudari Sekalian

5. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta Kursus Protokol dan Etiket Sosial dan tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada delegasi pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kampus Serdang terutamanya Pn. Nooraihan Bt Nordin selaku penceramah kita yang sanggup datang ke Kampus Bintulu yang mana ia menunjukkan bahawa UPM Kampus Bintulu bukan hanya kampus cawangan biasa tetapi kampus yang turut menyumbang kepada kecemerlangan Universiti Putra Malaysia keseluruhannya.
Sekian. Wassalam.....

0 comments: